Razer Blade 14 Malaysia

Razer Malaysia telah mengumumkan versi baru komputer riba Razer Blade 14 untuk pasaran tempatan. Model kali ini dikuasakan oleh pemproses siri AMD Ryzen 5000 dan GPU NVIDIA RTX 30 Series. Komputer riba 14 inci ini dilengkapi dengan skrin QuadHD 165Hz, lampu latar Razer Chroma RGB per-kunci, teknologi Audio Spatial THX dan banyak lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Razer Blade 14 dikuasakan dengan cip AMD Ryzen 9 5900HX 8-Core, 16-thread serta pilihan NVIDIA GeForce RTX 3080 atau RTX 3070. Ia turut hadir dengan 16GB DDR4 3200MHz RAM dan 1TB M.2 NVMe PCIe SSD.

Komputer riba ini masih lagi mengekalkan kualiti binaannya dengan casis aluminium sepenuhnya yang dianodkan dengan lapisan hitam. Laptop berukuran sekitar 0.66″x 8.66″ x 12.59 ” ini juga dilengkapi dengan penyejukan ruang wap bersama dengan dua kipas berprofil rendah. Di keseluruhan sisi tepinya mempunyai dua port USB 3.2 Gen 2 Type-C, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1, dan juga jack 3.5mm .

Razer Blade 14 serba baru ini sudah boleh dibeli melalui kedai atas talian Shopee Malaysia dengan harga RM9999 untuk model dengan RTX 3070 dan RM12,999 untuk model dengan RTX 3080.