Lenovo ZUK Z2 Pro

Lenovo ZUK Z2 Pro Hadir Denga Pemproses Snapdragon 820 Serta Ruang Memori sehingga 128 GB Dan 6 GB RAM.

Selain Motorola, ZUK juga merupakan salah satu jenama smartphone dibawah naungan Lenovo. Ia menghasilkan smartphone dengan spesifikasi yang agak baik dngan harga yang lebih berpatutan. Namun, sayangnya model-modelnya tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Pada tahun lepas mereka telah melancarkan peranti perdana yang dinamakan sebagai ZUK Z1, sebuah peranti perdana dengan harga serendah USD299. Pada tahun ini pula, model ZUK Z2 Pro pula bakal berada di pasaran dengan spesifikasi yang telah ditingkatkan.

Untuk Lenovo ZUK Z2 Pro, saiz paparannya telah dikurangkan dari 5.5 inci kepada 5.2 inci berbanding model yang terdahulu. Ia turut hadir dengan resolusi HD1080P dengan paparan Super AMOLED. Sebelum ini, ZUK Z1 telah menggunakan platform Android dengan ROM CyanogenMod terbina pada perantinya namun untuk model baru ini menggunakan ROM ZUI 2.0 yang berasakan Android Marshmallows.

Spesifikasi Lenovo ZUK Z2 Pro

Untuk spesifikasinya, Lenovo ZUK Z2 Pro setanding dengan model perdana yang lain. Malah mereka turut menawarkan variasi dengan 128 GB memori dalaman yang hadir bersama 6 GB RAM. Variasi lain turut hadir dengan pakej 64 GB dan 4 GB RAM. Prestasinya juga agak mantap dengan pemproses Snapdragon 820 dengan CPU Quad-Core dan GPU Adreno 530.

Lenovo ZUK Z2 Pro

Untuk sistem kamera, ZUK Z2 Pro dilengkapi dengan kamera 13 Megapixel, F1.8 yang turut dilengkapi dengan Phase Detection Autofocus, Dual LED Flash, Mod Panorama, HDR dan sebagainya. Ia turut dilengkapi dengan 8 Megapixel kamera hadapan dengan Aperture F2.0.

  • Paparan sebesar 5.2 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels (Full-HD)
  • Pemproses Snapdragon 820, 64/128 GB Memori, 4/6 GB RAM
  • Kamera Utama 13 Megapixel, Dual-LED Flash
  • Kamera Selfie 8 Megapixel
  • Sambunga 4G LTE dengan sokongan Dual-SIM
  • Dilengkapi dengan pengimbas cap jari
  • Bateri Li-Ion 3100 mAh
  • USB Type-C 1.0
  • Warna Silver, Gold
  • Harga 2700 Yuan (RM1599) Di China

ZUK turut mendakwa bahawa model baru ini merupakan pertama di dunia yang menggunakan True 3D Glass Body dengan kesan kaca lengkung di bahagian belakang. Selain itu, ia turut hadir dengan sensor kesihatan termasuk pantau denyutan nadi, darah dan juga UV.

Harga Lenovo ZUK Z2 Pro Di Malaysia

Buat masa ini, Lenovo ZUK Z2 Pro akan mula dijual di pasaran China dengan harga 2700 Yuan atau sekitar USD415. Bagi harga Lenovo ZUK Z2 Pro di Malaysia pula dijangka sekitar RM1599. Namun tiada kepastian peranti ini akan berada di pasaran tempatan.