Lenovo Moto G4 Play

Lonovo Lancarkan Moto G4 Play Untuk Pasaran Smartphone Entry-Level. Bawakan 5.0-Inci Skrin, Kamera 8MP, Cipset Snapdragon 410.

Selain dua model pertengahan Moto G4 dan Moto G4 Plus, Lenovo turut memperkenalkan variasi untuk pasaran peranti mampu milik. Model tersebut dikenali sebagai Lenovo Moto G4 Play yang hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Rekaannya kelihatan agak sama dengan model G4 yang lain. Cuma paparannya telah diturunkan kepada 5.0 inci dengan resolusi HD 720P. Di bahagian hadapannya juga tidak memiliki pengimbas cap jari seperti model Moto G4 Plus.

Spesifikasi Moto G4 Play

Selain itu Moto G4 Play dilengkapi dengan pemproses kelas pemulaan Qualcomm Snapdragon 410 Quad-Core 1.2 GHz. Ia turut hadir dengan pilihan 1 atau 2 GB RAM serta 8 atau 16 GB memori dalaman. Slot microSD juga tetsedia yang boleh digunakan sehingga 128GB.

Lenovo Moto G4 Play Lenovo Moto G4 Play Lenovo Moto G4 Play
Gambar Lenovo Moto G4 Play, Klik Untuk Besarkan

Kamera yang digunakan agak biasa dengan lensa 8 Megapixel, F2.2. Fungsi kamera yang lain termasuk LED Flash, HDR, Panorama serta menyokong rakaman HD 1080P. Untuk Selfie, anda boleh menggunakan kamera 5 Megapixel di bahagian hadapan.

Telefon pintar mampu milik ini juga hadir dengan bateri dengan kapasiti 2800 mAh. Ciri-ciri yang lain termasuk sokongan LTE, Fungsi Dual SIM serta hadir dengan Android 6.0 MarshMallow.

  • Paparan sebesar 5.0 inci dengan pilihan resolusi 720 x 1280 pixels
  • Pemproses Qualcomm MSM8916 Snapdragon 410, Quad-Core 1.2 GHz
  • Memori Dalaman 8/16 GB serta 1/2 GB RAM
  • Kamera Utama 8 Megapixel, LED flash, F2.2
  • Kamera Selfie 5 Megapixel, F2.2
  • Sambunga 4G LTE, WiFi, Bluetooth
  • Bateri 2800 mAh
  • Hadir Dengan Platform Android 6.0.1 (Marshmallow)
  • Warna Hitam Dan Putih

Harga Moto G4 Play

Lenovo Moto G4 Play boleh didapati dalam warna hitam dan putih. Harga rasminya masih lagi belum diumumkan namun ia dijangkakan akan dipasarkan sekitar RM499 sehingga RM599. Anda boleh merujuk Senarai Harga Terkini Lenovo Di Malaysia apabila model ini berada di pasaran Malaysia kelak.