Seperti yang kita telah tahu, Nokia 8 akan mengfokuskan kepada fotografi dengan aturan dual kamera dan juga lensa yang berkualiti. Nokia juga membawakan platform Android tulen tanpa sebarang pengubahsuaian seperti smartphone dari keluarga Nexus dan juga Pixel dari Google. Dengan menggunakan Android tulen, kemaskini untuk peranti-perantinya dapat dilakukan dengan lebih pantas. Nokia 8 menggunakan platform Androi 7.1.1 Nougat, namun sudah tentunya kemaskini Android O akan menyusur tidak lama lagi untuk model perdana ini dan model Nokia yang lain.
Nokia 8 Dengan Reka Bentuk Rekaan Aluminium Berkualiti
Reka bentuk Nokia 8 lebih menyerupai peranti pertenghan Nokia 5 yang dilancarkan Febuari lalu dengan sisi lengkung untuk gengaman yang lebih selesa. Cuma, Nokia 8 hadir dengan dual lensa di bahagian belakang serta menggunakan bahan yang lebih bermutu seperti aluminium siri 6000. Peranti ini juga mendapat pengikhtirafan IP54 iatu tahan percikan air dan debu.
Seperti kebanyakan smartphone, Nokia 8 juga hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapannya, pengecas USB Type-C di bawah, Audio Jack di bahagian atas serta butang kuasa dan kawalan suaran di bahagian sisinya. Nokia 8 juga hadir dalam 4 pilihan warna termasuk Tempered Blue, Polished Blue, Steel dan juga Polished Cooper.
Untuk paparannya, skrinnya tidaklah begitu besar iaitu 5.3 inci, tetapi ia menggunakan resolusi yang tinggi iaitu 1440 x 2560 pixel atau bahasa mudahnya ialah paparan Quad-HD. Ia menjadikan antara peranti dengan ketumpatan pixel tertinggi iaitu sekitar 554 ppi bagi menawarkan paparan yang jelas dan lebih terperinci.
Nokia 8 Dikuasai Cip Snapdragon 835, 6GB RAM dan 128GB Memori
Di bahagian dalamnya, Nokia 8 membawakan cip berkuasa terkini Snapdragon 835. Tamabahan pula dengan adanya RAM sebesar 6GB serta storan 128GB sudah cukup untuk menjalankan sebarang aplikasi dan permainan dengan lancar. Terdapat juga pilihan dengan 4GB RAM dan juga 64GB memori dalaman.
Menurut Nokia juga, Nokia 8 terbina dengan paip tembaga atau cooper di bahagian dalamnya untuk penyebaran haba yang lebih efektif. Ianya penting bagi memastikan peranti ini bejalan dalam suhu yang rendah serta lebih tahan lama.
Nokia 8 juga membawakan bateri berkapasoti 3090 mAh yang tidak boleh ditukar ganti. Dengan teknologi QuickCharge 3.0 daripada Qualcomm sudah tentu peranti ini dapat mengecas dengan pantas. Untuk spesifikasi penuh Nokia 8 seperti di bawah.
Spesifikasi Nokia 8 | |
---|---|
Platform | Android 7.1.1 (Nougat) |
Pemproses | Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 |
Memori |
|
Paparan | IPS LCD 5.3 inci, 1440 x 2560 pixels (QHD) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan | 13 Megapixel |
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | RM2999 (Harga Jangkaan) |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Dapatkan Smartphone Nokia Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang |
Kamera Nokia 8 Hadir Dengan OIS, Dual Lensa 13MP, Aperture F2.0
Nokia 8 merupakan model pertama dari Nokia yang menggunakan dual lensa di bahagian belakangnya dengan 13 Megapixel sensor. Lensa pertama hadir dengan Aperture F2.0, OIS manakala Lensa kedua hadir dengan sensor monochrome. Konsep dual kamera ini menyerupai samartphone Huawei P10 yang menggunakan sensor monochrome bagi memberi lebih kecerahan dan kejelasan dalam keadaan kekurangan cahaya.
Gabungan dual sensor ini juga penting untuk menghasilkan gambar dengan kesan bokeh yang lebih baik seoalah-olah diambil menggunakan kamera DSLR professional.
Baca juga Spesifikasi Penuh Nokia 8
Di bahagian hadapan pula, peranti ini hadir juga dengan kamera 13 Megapixel, PDAF dan Display Flash untuk gambar selfie yang lebih baik. Ketiga tiga kamera ini menggunakan lensa Zeiss Optics untuk kejelasan yang lebih baik.
Selain itu juga, Nokia 8 juga memperkenalkan mod kamera baru yang dipanggil Dual-Sight yang membenarkan anda mengambil gambar atau video menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang melalui paparan yang dipisahkan.
Selain kamera, Nokia 8 juga menggunakan rakaman Audio 360 darjah yang dipanggil Nokia OZO Audio bagi rakaman video dengan kesan audio 3D yang lebih rialistik dan jelas.
Harga Nokia 8 di Malaysia Dan Tarikh Jualan
Bagi harga Nokia 8 masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Peranti ini akan mula dipasaran bermula September ini dengan harga jualan yang dijangka sekitar 600 Euro atau sekitar RM2999 di Malaysia.
Nokia 8 akan memberikan persaing baru terutamanya untuk pasaran smartphone flagship terutamanya model-model dari China seperti Huawei, Oppo, OnePlus, Xiaomi dan sebagainya.
Untuk harga Nokia 8 di Malaysia boleh layari laman Harga Nokia Malaysia apabila peranti ini telah berada di pasaran Malaysia kelak.
Latest Phones In Malaysia |
Comments |
Leave a Reply Cancel reply