Spesifikasi OnePlus Ace Racing Edition

OnePlus baru sahaja mengumumkan peranti baru yang dinamakan sebagai OnePlus Ace Racing Edition. Telefon pintar kelas pertengahan ini dijana oleh cip Dimensity 8100-MAX SoC serta pilihan memori sama ada 128GB/8GB atau 256GB/12GB.

OnePlus Ace Racing Edition menawarkan skrin LCD 120Hz bersaiz 6.59 inci dengan kadar penyegaran boleh laras sehingga 120Hz. Telefon ini juga mempunyai kamera utama 64 MP, kamera ultra lebar 8 MP dan kamera makro 2 MP. Terdapat juga kamera 16 MP di hadapan untuk mengambil gambar selfie.

Spesifikasi OnePlus Ace Racing Edition

Ia mempunyai bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas sehingga 80% dalam masa 29 minit. Fungsi lain yang terdapat di dalam peranti ini termasuk sokongan 5G, WiFi 6, pengimbas cap jari di sisi serta dijalankan pada sistem Android 12 dengan antaramuka ColorOS 12.1.

Spesifikasi OnePlus Ace Racing Edition

  • Skrin LCD 6.59-inci  (2412 x 1080 pixels) Full HD+ dengan kadar segar boleh laras 30/48/50/60/90/120Hz
  • Pemproses Octa-Core Dimensity 8100-Max 5nm dengan Mali-G510 MC6 GPU
  • Pilihan memori 8GB/128GB dan 12GB/256GB
  • Menggunakan platform Android 12 dengan ColorOS 12.1
  • Kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP, kamera selfie 16MP
  • Pengimbas cap jari di sisi
  • Sokongan 5G SA/NSA, Dual 4G VoLTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, USB Type-C
  • Bateri 5000mAh dengan pengecas pantas 67W
  • Harga OnePlus Ace Racing Edition bermula sekitar RM1399 (Jangkaan)

OnePlus Ace Racing Edition didatangkan dalam warna Biru dan Hitam serta dijual pada harga 1999 yuan (Sekitar RM1399) untuk 8GB/128GB dan 2499 yuan (Sekitar RM1699) untuk model 12GB/256GB.

Tags