Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Edge+ hadir dengan Skrin 5.7 Inci Quad-HD, 16 MP Kamera, Pemproses 8-Teras dan 4 GB RAM.
Selain Samsung Galaxy Note 5 yang diperkenalkan pada acara Samsung Unpacked semalam, Samsung turut memperkenalkan satu lagi peranti premium dengan dua skrin lengkung dibahagian sisi. Peranti ini dipanggil Samsung Galaxy S6 Edge+. Jika dilihat keseluruhan spesifikasi, ia tidak jauh bezanya dengan Samsung Galaxy Note 5. Cuma ketaranya dapat dilihat padan skrin lengkung pada kedua-dua sisi kiri dan kanan. [AdsPost]
Untuk perbandingan dengan Samsung Galaxy S6 Edge yang dilancarkan pada bulan March yang lalu, Galaxy S6 Edge+ hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 5.7 inci Super AMOLED dengan paparan Quad-HD dan resolusi 1440 x 2560 pixels. Versi sebelum ini hadir dengan 5.1 inci.
Samsung mengekalkan pemproses yang sama untuk model baru ini. Ia menggunakan cip pemproses Exynos 7420 dengan menawarkan Octa-Core CPU serta jumlah RAM ynag telah ditingkatkan kepada 4 GB RAM berbanding Galaxy S6 Edge yang memiliki 3 GB RAM.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy S6 Edge+ termasuk pengimbas cap jari, pilihan memori 32, 64 serta 128 GB, 16 Megapixel kamera yang lengkap dengan penstabilan imej OIS, rakaman video 2K serta kamera hadapan 5 Megapixel.
Secara keseluruhannya, perbezaan yang dapat dilihat antara Samsung Galaxy s6 Edge+ dan Galaxy S6 Edge ialah paparan skrin dan kapasiti bateri yang lebih besar pada model baru dengan bateri Li-Ion 3000 mAh. Untuk spesifikasi lain dilihat hampir sama. Samsung juga telah mengemaskini platform dengan versi Android 5.1.1 yang lebih baru serta antaramuka TouchWiz UI yang terkini.
Begitu juga Samsung Galaxy Note 5, model ini akan mula dipasarkan pada 19 Oktober ini di US. Manakala untuk pasaran Malaysia pula masih lagi menjadi tanda tanya. Samsung Galaxy S6 Edge di Malaysia dijual pada harga sekitar RM2600 yang diperkenalkan pada April yang lalu. Jadi apa pendapat anda mengenai harga Samsung Galaxy S6 Edge+ di pasaran Malaysia kelak?.