Reka bentuk kedua-dua model baru ini tidak jauh bezanya dengan kebanyakan peranti Xperia yang diperkenalkan sebelum ini. Ianya hadir dengan empat pilihan warna termasuk Silver, Black, Horizon Blue dan juga Twilight Blue. Kedua-dua peranti ini juga mendapat pengikhtirafan IP68 untuk kalis air dan debu dibawah 1.5 meter paras air selama 30 minit.
Agak mengecewakan bagi model Xperia XZ1 Compact yang bukan saja hadir dengan skrin kecil 4.6 inci malah resolusi skrin yang digunakan agak tendah iaitu 720p serta tidak menyokong kandungan HDR. Untuk Xperia XZ1 pula hadir dengan skrin 5.2 inci, resolusi HD1080p dan menyokong kandungan HDR.
![]() |
![]() |
|
Gambar Sony Xperia XZ1 dan Sony Xperia XZ1 Compact |
Fokus utama kedua-dua peranti ini ialah prestasi yang cermerlang dengan kegunaan yang lancar tanpa sebarang masalah. Dengan penggunaan cip berkuasa Snapdragon 835 dan 4GB RAM sudah semestinya kedua-dua peranti ini dapat berjalan denagn lancar tanpa sebarang masalah. Fungsi multitasking juga akan begitu efektif walaupun menggunakan aplikasi di latar yang begitu banyak.
Untuk memori dalaman model XZ1 hadir dengan 64 GB manakala XZ1 Compact dimuatkan dengan 32GB. Memori tambahan microSD juga boleh ditambah sehingga 256GB untuk kedua-dua model ini. Kapasiti bateri yang digunakan juga sama iaitu 2700 mAh dengan kebolehan pengcasan pantas Quick Charge 3.0 melalui port USB Type-C. Lebih menarik lagi kedua-dua peranti ini adalah model terawal yang menggunaka platform terkini Android 8.0 Oreo. Untuk spesifikasi lanjut Sony Xperia XZ1 dan Sony Xperia XZ1 Compact seperti di bawah.
Sony Xperia XZ1 | Sony Xperia XZ1 Compact | |
---|---|---|
Platform | Android 8.0 (Oreo) | Android 8.0 (Oreo) |
Pemproses | Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 | Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 |
CPU | Octa-Core CPU | Octa-Core CPU |
Paparan |
|
|
Memori |
|
|
Kamera Utama |
|
|
Kamera Selfie |
|
|
Rangkaian | HSPA, LTE-A | HSPA, LTE-A |
Bateri |
|
|
Ciri-Ciri |
|
|
Harga |
|
|
Fungsi fotografi merupakan salah satu kelebihan untuk siri XZ1 ini dengan lensa utama 19 Megapixel MotionEye sepertimana digunakan pada model Xperia XZs dan XZ Premium. Kamera ini juga membawa kebolehan seperti Super Slow Motion Video dengan 960fps, rakaman video 4K, Mod Manual dan sebagainya. Untuk kamera selfie, Xperia XZ1 hadir dengan 13 Megapixel manakala model XZ1 Compact hadir dengan lensa 8 Megapixel.
Mengenai harga Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact pula, model kecil akan di pasaran USA bermula 4 October dengan harga jualan USD599 atau sekitar RM2599 di Malaysia. Model XZ1 pula dijangka dijual sekitar RM2999.
Tarikh pelancaran Sony Xperia XZ1 di Malaysia berserta harga rasminya masih lagi belum diketahui. Untuk harganya, anda boleh layari halaman Harga Terkini Sony Malaysia apabila kedua-dua model ini berada di pasaran tempatan kelak.
Latest Phones In Malaysia |






Comments |
Leave a Reply