Sony Xperia XZ1

Sony dikatakan sedang membangunkan dua peranti perdana yang mungkin akan berakhir dengan pelancaran Sony Xperia XZ1 dan juga XZ1 Compact. Melalui laman Geekbench, sebuah model misteri smartphone Sony telah didedahkan dengan nama model Sony G8341/SO-01K.

Bagi yang masih belum mengtahui, Sony Xperia XZ yang dilancarkan tahun lepas membawa siri model SO-01J. Jadi, berkemungkinan besar model yang tertiris ini adalah model penggantinya iaitu Sony Xperia XZ1.

Bedasarkan spesifikasi yang tertiris di Geekbench, Xperia XZ1 akan hadir dengan CPU High-End dengan cip Snapdragon 835 dan juga dipadankan dengan 4 GB RAM. Sebelum ini, peranti ini dikatakan akan menggunakan Android O terbaru, namun di GeekBench masih lagi menunjukan Android versi 7.1.1. Mungkin Sony mencuba Android Nougat terlebih dahulu memandangkan Android O masih lagi belum dikeluarkan secara rasmi untuk pengguna. Rumor sebelum ini juga mendedahkan Xperia XZ1 bakal hadir dengan skrin 5.2 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p dan juga kapasiti bateri 3000mAh.

Mengenai harganya, ia dikatakan dijual dengan harga sekitar €750/USD880 atau bersamaaan RM3699 di Malaysia. Sony juga telah mengesahkan bahawa mereka akan adakan majlis pelancaran IFA 2017 pada 31 Ogos ini. Berkemungkinan besar kita akan lihat dua model premium Xperia XZ1 dan XZ1 compact pada majlis tersebut.