vivo Xplay5

vivo Mengumumkan Model Perdana vivo Xplay5 Untuk Pasaran 2016. Hadir Dengan Skrin Lengkung Dan Yang Pertama Di Dunia Dengan 6 GB RAM.

Akhirnya vivo telah mengumumkan dua model perdana iaitu vivo Xplay5 dan vivo Xplay5 Elite untuk pasaran 2016. Selalunya, kebanyakaan pengguna kurang memberi perhatian pada model-model baru keluaran Jenama dari China ini. Namun pada kali ini, vivo memberi kejutan dengan model terbaru meraka yang merupakan smartphone pertama di dunia yang menggunakan 6 GB RAM seperti yang terdapat pada telefon pintar vivo Xplay5 Elite.

Bukan itu sahaja, kedua-dua model ini juga memiliki skrin lengkung pada kedua-dua sisinya sepertimana terdapat pada Samsung Galaxy S7 Edge dan juga BlackBerry PRIV. Rekaannya juga agak kemas dan bergaya dengan tiga pilihan warna termasuk emas, perak dan emas merah jambu yang setanding dengan model perdana yang lain. Spesifikasinya juga meyakinkan dengan harga yang ditawarkan. Di China, kedua-dua model ini boleh didapati dengan harga 3698 Yuan (RM2399) untuk model 4GB RAM dan 4288 Yuan (RM2799) untuk model 6GB RAM. 

Spesifikasi vivo Xplay5 Dan vivo Xplay5 Elite

Di bahagian luar, kedua-dua peranti ini nampak sama, spesifikasinya juga tidak jauh bezanya. Bezanya hanyalah pada prestasinya sahaja dimana model Elite hadir dengan pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 dengan 6 GB RAM manakala model vivo Xplay5 yang biasa dilengkapi dengan Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652 dengan 4 GB RAM. Selebihnya adalah sama.

vivo Xplay5 vivo Xplay5 vivo Xplay5

vivo Xplay5 dan vivo Xplay5 Elite membawakan skrin lengkung sebesar 5.43 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Jika Samsung Galaxy S7 membawakan beberapakan aplikasi khas untuk kegunaan pada skin lengkung bagi memaparkan notifikasi, aplikasi pintas dan sebagainya, Vivo juga ada melalui antaramuka Funtouch 2.5.1 yang baru dengan kebolehan pecahan skrin (Split Screen). 

Untuk Spesifikasi vivo Xplay5 dan vivo Xplay5 Elite yang lebih jelas seperti dibawah :-

vivo Xplay5 Elite vivo Xplay5
Platform Android 5.1 (Lollipop) Android 5.1 (Lollipop)
Pemproses Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 Qualcomm MSM8976 Snapdragon 652
CPU Dual-Core 2.15 GHz Kryo + Dual-Core 1.6 GHz Kryo Quad-Core 1.8 GHz Cortex-A72 + Quad-Core 1.4 GHz Cortex-A53
Paparan 5.43 Inci, 1440 x 2560 pixels (QHD), Dual Curved Edge Screen 5.43 Inci, 1440 x 2560 pixels (QHD), Dual Curved Edge Screen
Memori 6 GB RAM, 128 GB Internal 4 GB RAM, 128 GB Internal
Kamera
  • 16 Megapixel, F2.0 (Kamera Utama)
  • 8 Megapixel, F2.4 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, 4K Recorder
  • 16 Megapixel, F2.0 (Kamera Utama)
  • 8 Megapixel, F2.4 (Kamera Selfie)
  • Dual-LED Flash, 4K Recorder
Rangkaian 4G LTE, Dual-SIM 4G LTE, Dual-SIM
Bateri Li-Ion 3600 mAh Li-Ion 3600 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Gold, Silver, Rose Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jari
  • Warna Gold, Silver, Rose Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Pengimbas Cap Jar
Harga Di Malaysia Harga Jangkaan : RM2799 Harga Jangkaan : RM2399

Harga vivo Xplay5 Dan vivo Xplay5 Elite di Malaysia Dan Tarikh Jualan

Di, China kedua-dua model ini akan mula dibuka untuk tempahan pada 8 March ini dan jualan rasmi akan berlangsung pada 16 March. Untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia masih lagi belum diumumkan.

Untuk harga vivo Xplay5 dan vivo Xplay5 Elite di Malaysia pula, ia dijangka akan berada dipasaran dengan harga RM2399 untuk Xplay5 manakala untuk model Xplay5 Elite pula akan dipasarkan sekitar RM2799. Anda boleh merujuk Senarai Harga Terkini vivo di Malaysia apabila kedua-dua model ini berada di pasaran kelak.