Harga Xiaomi 12S Malaysia

Selain Xiaomi 12S Ultra, Xiaomi turut memperkenalkan telefon pintar Xiaomi 12S dan Xiaomi 12S Pro. Xiaomi 12S menampilkan skrin OLED FHD+ 6.28-inci, dan kadar penyegaran 120Hz manakala model 12S Pro pula dilengkapi dengan paparan 6.73-inci 2K OLED 120Hz dengan sokongan HDR10+ dan Dolby Vision.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh SoC Snapdragon 8+ Gen 1 dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dan sehingga 512GB memori dalaman untuk model 12S Pro dan 256GB untuk Xiaomi 12S.

Xiaomi 12S mempunyai bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan 12S Pro pula mempunyai bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W. Kedua-duanya menampilkan pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles terbalik 10W.

Harga Xiaomi 12S Malaysia

Seperti juga Xiaomi 12S Ultra, kedua-dua model ini mendapat sistem pengimejan yang dibangunkan bersama oleh Xiaomi dan Leica, yang mengandungi kanta Leica Summicron, dan menyokong profil pengimejan Leica. Namun lensa 1-Inci yang digunakan pada Xiaomi 12S Ultra tidak digunakan pada kedua-dua model ini. Maklumat lanjut mengenai sensor digunakan seperti spesifikasi di bawah.

Xiaomi 12S Xiaomi 12S Pro
Android 12, MIUI 13 Android 12, MIUI 13
Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm) Snapdragon 8+ Gen 1 (4 nm)
  • 128 GB / 8 GB RAM
  • 256 GB / 8 GB RAM
  • 256 GB / 12 GB RAM
  • 512 GB / 12 GB RAM
  • 128 GB / 8 GB RAM
  • 256 GB / 8 GB RAM
  • 256 GB / 12 GB RAM
  • 512 GB / 12 GB RAM
  • AMOLED 6.28 inci
  • 1080 x 2400 pixels (FHD+)
  • 120Hz Refresh Rate
  • Sokongan HDR10+
  • Dolby Vision
  • Corning Gorilla Glass Victus
  • LTPO AMOLED 6.73 inci
  • 1440 x 3200 pixels (QHD+)
  • 120Hz Refresh Rate
  • Sokongan HDR10+
  • Dolby Vision
  • Corning Gorilla Glass Victus
  • 50 Megapixel (F1.9, 24mm, 1/1.28″, OIS, Wide)
  • 13 Megapixel (F2.4, 15mm, Ultrawide)
  • 5 Megapixel (F2.4, 50mm, Telephoto Macro)
  • 50 Megapixel (F1.9, 24mm, 1/1.28″, OIS, Wide)
  • 50 Megapixel (F1.9, 50mm, 2x Optical Zoom, Telephoto)
  • 50 Megapixel (F2.2, Ultrawide)
32 Megapixel (F2.5, 26mm, Selfie)
  • 32 Megapixel (F2.5, 26mm, Selfie)
  • Bateri 4500 mAh dengan pengecasan pantas 67W
  • Sambungan 5G SA/NSA Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari bawah skrin.
  • Sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6e
  • Bluetooth 5.2, A2DP, LE
  • Sokongan NFC dan InfraRed
  • Bateri 4600 mAh dengan pengecasan pantas 120W
  • Sambungan 5G SA/NSA Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari bawah skrin.
  • Sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6e
  • Bluetooth 5.2, A2DP, LE
  • Sokongan NFC dan InfraRed
Harga dijangka bermula RM2699 Harga dijangka bermula RM3099