Harga Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Xiaomi 12S Ultra, telefon kamera premium dengan skrin 6.73-inci 2K OLED dan kadar penyegaran 120Hz. Skrinya turut menyokong HDR10+ dan Dolby Vision.

Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 dengan pilihan memori sehingga 512GB (UFS 3.1) dan RAM sehingga 12GB (LPPDDR5 6400Mbps).

Kamera Dengan Lensa IMX989 1-inci 50MP

Untuk kamera, Xiaomi 12S Ultra menggunakan lensa IMX989 1-inci 50MP dari Sony dengan susunan piksel Quad-Bayer dan saiz piksel individu mencapai 1.6μm. Sistem optik ini juga dibangunkan bersama Leica dan turut menggunakan profil pengimejan Leica.

Review Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi 12S Ultra juga merupakan peranti Android pertama yang menyokong rakaman dan main balik video Dolby Vision HDR. Xiaomi 12S Ultra turut menggunakan HyperOIS untuk rakaman video ultra-stabil.

Selain kamera utama, Terdapat dua lagi lensa digunakan iaitu kamera ultra lebar 48MP dan juga kamera telefoto periskop 48MP dengan zum optik 5X dan zum digital sehingga 120X.

Bateri Lebih Berkuasa Dengan Dua Cip Xiaomi Surge

Xiaomi 12S Ultra ialah model perdana pertama yang dilengkapi dengan dua cip Xiaomi Surge, cipset pengecasan pantas Xiaomi Surge P1 dan cip pengurusan bateri Xiaomi Surge G1, menawarkan peningkatan ketara dalam pengurusan bateri.

Sistem Pengurusan Bateri Xiaomi Surge menampilkan bateri anod silikon-oksigen sel tunggal 4,860mAh dan cipset pengecasan pantas Xiaomi Surge P1, yang turut menyokong arus keluaran sehingga 16A dengan kecekapan penukaran 96.8%.

Xiaomi 12S Ultra Malaysia

Tambahan pula, cipset pengurusan bateri Xiaomi Surge G1 menawarkan pelbagai algoritma pengurusan bateri yang dibangunkan untuk melindungi keselamatan bateri dan memantau beban nyahcas untuk meramalkan hayat bateri peranti yang tersedia dengan tepat.

Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 67W, pengecasan pantas wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 10W. Ia datang dengan pengecasan adaptif untuk mengelakkan bateri daripada mengecas berlebihan, sekali gus meningkatkan bilangan kitaran pengecasan sebanyak 25%.

Harga Xiaomi 12S Ultra

Xiaomi 12 Ultra boleh didapati dalam warna Classic Black dan Verdant Green dan di jual di China pada harga 5,999 yuan (Sekitar RM3999) untuk model 8GB / 256GB, 6499 yuan (Sekitar RM4299) untuk model 12GB / 256GB dan 6,999 yuan (Sekitar RM4699) untuk model 12GB / 512GB. Ia tersedia untuk dijual di China mulai 8 Julai ini.

Di Malaysia, Xiaomi 12S Ultra dijangka akan dibawa masuk dengan harga julan bermula RM4299 mengekalkan harga Xiaomi Mi 11 Ultra yang dilancarkan tahun lalu