Tali Jam Apple Watch Edisi Terhad International Collection

Apple baru sahaja melancarkan koleksi terbaru tali jam Apple Watch Edisi Terhad International Collection yang merangkumi rekaan bendera dari 22 negara. Setiap tali jam memiliki muka jam yang boleh di muat turut dengan warna yang sesuai dengan tali yang ditawarkan.

Tali jam ini menggunakan material jenis Woven Nylon yang kalis air serta sesuai untuk aktiviti sukan. Antara 22 negara ditawarkan termasuk :-

  • Australia
  • Belgium
  • Brazil
  • Canada
  • China
  • Denmark
  • France
  • Germany
  • Great Britain
  • Greece
  • Italy
  • Jamaica
  • Japan
  • Mexico
  • The Netherlands
  • New Zealand
  • Russia
  • South Africa
  • South Korea
  • Spain
  • Sweden
  • USA

Koleksi tali jam baru ini bersaiz 40mm dan 44mm yang direka untuk Apple Watch Series 4, Apple Watch SE dan ke atas. Di Malaysia, anda boleh di dapati dengan harga RM199 yang boleh dibeli dari laman Apple Malaysia.