TV 4K UHD Terbaik Di Malaysia

Sekiranya anda sedang mencari TV baru, kami ada sediakan senarai beberapa model TV 4K UHD yang mungkin boleh anda pertimbangkan. Jika anda memiliki bajet dibawah harga RM2000, TV dengan resolusi 4K atau UHD adalah lebih berbaloi berbanding 1080p atau FullHD. Ia menawarkan paparan yang lebih jelas dan terperinci sekiranya dimainkan bersama kandungan 4K.

Senarai Produk Terbaik Di Malaysia

Untuk  di Malaysia, saluran 4K hanya boleh didapati pada sebahagian kecil saluran Astro. Untuk MyTV, sudah tentu masih lagi tiada. Untuk platform streaming pula, lebih banyak kandungan 4K dapat ditonton terutamanya melalui YouTube, Netflix dan sebagainya.

Jadi, dibawah ini kami senaraikan 10 model TV 4K UHD dibawah harga RM2000 yang anda boleh beli di Malaysia. Ianya termasuk Panasonic TH-43HX655K, Samsung AU7000, LG 43UN7000PTA dan sebaginya.

.

1. Panasonic TH-43HX655K 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Android TV
  • Sokongan : HDR10, Dolby Audio, DTS Truesurround
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth 5.0, USB 2.0 x 2, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 16W (8W x 2)
  • Harga : RM1899
Untuk dibawah harga RM2000, Panasonic TH-43HX655K merupakan salah satu model TV yang harus anda mempertimbangkan. Jenama Panasonic telah terbukti sebagai jenama yang berkualiti dan tahan lama. Model TV ini menawarkan skrin 4K UHD bersaiz 43 inci yang menggunakan platform Android TV.

.

2. Samsung AU7000 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Tizen
  • Sokongan : HDR, HDR10, Dolby Digital Plus
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1999
Bagi penggemar jenama dari Samung pula, TV Samsung AU7000 hadir dengan skrin 43 inci yang dipadankan bersama sistem operasi Tizen dan 20W speaker. Ia merupakan model keluaran 2021 dengan teknologi PurColour untuk warna skrin yang lebih semulajadi.

.

3. LG 43UN7000PTA 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Simple Smart (Linux)
  • Sokongan : HDR
  • Sambungan : WiFi, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1699
LG 43UN7000PTA hadir dengan pemproses Quad Core dengan sistem operasi Simple Smart yang berasaskan Linux. Ia  juga menawarkan sokongan kepada kandungan HDR serta memiliki 20W speaker. Dengan harganya yang sekitar RM1699, ia merupakan pembelian yang cukup berbaloi untuk sebuah TV 4K dari jenama LG.

.

4. Xiaomi Mi TV P1 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Android TV 10
  • Sokongan : Dolby Vision, HDR10, HLG, Dolby Audio, DTS-HD
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1799
Bagi yang inginkan TV dengan platform Android TV terkini, Xiaomi Mi TV P1 model yang sesuai untuk anda. I hadir dengan paparan IPS 43-Inci 4K UHD yang menggunakan platform Android TV 10 dengan fungsi Chromecast terbina, kawalan melalui arahan suara serta sokongan kepada  Dolby Vision dan HDR10+.

.

5. Xiaomi Mi LED TV 4S 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Android 9.0
  • Sokongan : Dolby, DTS, HDR
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 16W
  • Harga : RM1699
Xiaomi Mi LED TV 4S menawarkan paparan 43-Inci 4K UHD dengan resolusi maksimum 3,840 x 2,160 pixel. Ia turut hadir dengan speaker 16W serta menggunakan sistem operasi Android 9.0. Kelebihannya, ia dibina dengan kerangka logam untuk lebih tahan lasak serta kelihatan lebih premium.

.

6. Philips 50PUT6604 50″

  • Skrin : 50-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Saphi
  • Sokongan : Dolby Vision, HDR10+, Dolby Atmos
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1899
Jika TV 43-inci terlalu kecil untuk anda, model TV Philips 50PUT6604 dengan skrin 50-inci sesuai untuk anda. Ia dikuasakan oleh platform Saphi iaitu sistem operasi yang ringkas, mudah digunakan yang sesuai untuk TV pintar.

.

7. Hisense 43E6F 43″

  • Skrin : 43-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : VIDAA U
  • Sokongan : HDR10, HLG, HDR, DTS Studio Sound, Dolby Audio
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1599
Hisense 43E6F merupakan TV 4K dengan harga yang mampu milik. Ia memiliki rekaan yang ringkas serta bazel yang sangat nipis. TV yang bersaiz 43 inci ini juga tampil dengan paparan berkualiti yang menyokong HDR10, HLG, HDR, DTS Studio Sound, Dolby Audio dan sebagainya.

.

8. Hisense A7100F 55″

  • Skrin : 55-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : VIDAA U
  • Sokongan : HDR10, HDR, DTS Studio Sound
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 2 x 10W
  • Harga : RM1699
Untuk skrin yang lebih besar, Hisense juga menawarkan model A7100F dengan skrin 55-Inci 4K UHD. Ia turut hadir dengan dua speaker 10W serta menggunakan sistem operasi VIDAA U.

.

9. MEGRA 50D1000XS 50″

  • Skrin : 50-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Netrange
  • Sokongan : Stereo, DTS
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 20W
  • Harga : RM1599
MEGRA merupakan jenama tempatan dalam menghasilkan TV pintar. Model MEGRA 50D1000XS merupakan TV 50 inci yang dikuasai oleh platform Netrange yang berasaskan Linux.

.

10. Skyworth 50UB5100 50″

  • Skrin : 50-Inci 4K UHD
  • Resolusi : 3,840 x 2,160 pixel
  • Platform : Smart+
  • Sokongan : Dolby Audio DTS TruSurround
  • Sambungan : WiFi, Bluetooth, USB 2.0 x 1, HDMI x 3, Ethernet
  • Speaker : 16W
  • Harga : RM1599
Skyworth 50UB5100 menampilkan rekaan yang bergaya dan premium dengan TV bersaiz 50-Inci 4K UHD serta resolusi 3,840 x 2,160 pixel. TV ini turut menawarkan 16W speaker serta menyokong Dolby Audio DTS TruSurround.

Tags