Harga Vivo X20 Plus UD Malaysia

Vivo sebelum ini memperkenalkan sebuah peranti dengan pengimbas cap jari dibawah skrin di CES 2018. Kini peranti tersebut akan nemasuki pasaran China dengan nama model Vivo X20 Plus UD.

Ia menggunakan sensor Clear ID 9500 bersama-sama skrin AMOLED untuk membuatkan pengimbas cap jari berfungsi di bawah skrin. Peranti ini juga membawakan skrin bersaiz 6.43 inci, 18:9 nisbah skrin serta 1080 x 2160 pixel.

Peranti yang dikuasai Android 7.1.1 Nougat ini juga dipadukan dengan cip kelas pertenghan Snapdragon 660 yang dipadankan bersama 4 GB RAM dan 128 GB memori terbina. Slot microSD juga disediakan bagi yang inginkan memori tambahan.

Untuk fungsi fotografi, model ini menyediakan dua sensor di belakang iaitu 12 Megapixel F1.8 dan 5 Megapixel. Untuk kamera selfie, ia dimuatkan dengan 12 Megapixel F2.0.

Harga Vivo X20 Plus UD Malaysia

Bateri yang digukanan berkapasiti 3905 mAh yang dicas melalui penyambung USB Type-C. Peranti ini juga menyokong 4G VoLTE, Bluetooth 5.0 dan sokongan Dual-SIM.

Vivo X20 Plus UD akan mulakan pasaran di China mulai 1 February ini dengan harga CNY3,598 atau beesamaan RM2200. Buat masa ini belum ada maklumat mengenai harga dan tarikh pasaran di Malaysia.