Vivo X60t Pro+

Vivo baru sahaja memperkenalkan peranti baru untuk pasaran China iaitu Vivo X60t Pro+. Ia merupakan model yang hampir sama dengan X60 Pro+ yang baru sahaja diperkenalkan pada bulan Januari lalu, namun memiliki sedikit perubahan dari segi sistem kamera.

Model baru ini hadir dengan skrin AMOLED 6.56 inci FHD+ dengan kadar penyegaran 120Hz, kadar pengambilan sentuhan 240Hz serta sokongan HDR10+. Telefon ini juga dikuasakan oleh Snapdragon 888 dengan RAM LPDDR5 hingga 12GB dan hingga 256GB memori terbina. Ia juga hadir dengan bateri 4200mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W.

Untuk kamera, peranti premium ini tampil bergaya dengan sensor utama 50MP (f/1.57, OIS), kamera sudut lebar 48MP (114°, OIS), kamera potret 12MP (f/1.98) dan kamera periskop 8MP dengan kebolehan 5x optikal zoom dan 60x digital zoom. Untuk selfie ia menggunakan 32MP kamera.

Vivo X60t Pro+ hadir dalam warna Dark Blue dan Classic Orange dan akan dijual di China pada harga 4,999 Yuan (Sekitar RM3299) untuk model 8GB / 128GB dan 5,999 yuan (Sekitar RM3899) untuk model 12GB / 256GB.