Di zaman sekarang ini, Kamera webcam menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian kita. Bagi ibu bapa, adakalanya terpaksa berkerja dari rumah manakala anak-anak pula menghabiskan masa dihadapan PC untuk mengikuti kelas diatas talian.
Produk Komputer Terbaik Di Malaysia
- Keyboard Gaming Terbaik
- Gaming Chair Terbaik
- Gaming Mouse Terbaik
- Laptop Gaming Terbaik
- Monitor Ultrawide Terbaik
Kamera webcam tidak terhad untuk kerja atau belajar di atas talian semata-mata. Ada pengguna gunakannya untuk Streaming dan juga Content Creator. Untuk kerja-kerja ini, anda perlukan webcam yang lebih baik dengan resolusi dan framerate kamera yang lebih tinggi serta sudut kamera yang luas.
Jadi, dibawah ini kami senaraikan 7 model webcam terbaik yang popular di Malaysia yang boleh anda dapatkannya di pasaran Malaysia. Ia terdiri daripada webcam murah dengan harga serendah RM80 hinggalah webcam premium dengan harga mencecah RM400.
![]() . 1. Tecgear Sentinel 1080P |
|
Bagi yang sedang mencari kamera webcam mampu milik, Tecgear Sentinel 1080P salah satu pilihan terbaik untuk anda Webcam ini menawarkan kamera HD penuh dengan 39fps serta sudut lebar 69 darjah. Ia boleh didapati dengan harga sekitar RM80. |
![]() . 2. Logitech Webcam C270 HD |
|
Logitech Webcam C270 HD menampilkan kamera video dengan resolusi HD 720p pada 30fps. Rekaanya lebih ringkas dengan kamera sudut pandang 64-darjah serta mikrofon terbina. Ia boleh didapati dengan harga RM99 sahaja. |
![]() . 3. Lenovo 300 FHD Webcam |
|
Lenovo 300 FHD Webcam tampil dengan rekaan yang bergaya bewarna putih yang turut memiliki pelindung privasi. Untuk webcam dibawah harga RM100, Lenovo 300 FHD Webcam merupakan model yang paling berbaloi dimiliki. |
![]() . 4. Asus Webcam C3 1080p FHD |
|
Sekiranya anda mencari webcam untuk gaming atau live streming, Asus Webcam C3 1080p FHD merupakan model webcam mampu milik yang boleh anda dapatkan dipasaran. Ia menawarkan kamera video FullHD dengan kualiti video terbaik serta microfon dengan audio yang jelas. |
![]() . 5. Logitech C920 HD Pro |
|
Logitech C920 Full HD Pro Webcam sesuai untuk digunakan dengan kebanyakan aplikasi penstriman atau pemesejan segera seperti Skype, Google Hangout atau FaceTime. Kamera webcam ini menyampaikan imej yang jelas dan penstriman video dalam HD penuh 1080p pada 30fps atau HD 720p pada 30fps. |
![]() . 6. Razer Kiyo X |
|
Razer Kiyo X merupakan webcam USB untuk penstriman HD Penuh pada 1080p 30FPS. Ia memiliki kualiti video dan audio yang bagus dengan sistem autofokus pintar bagi menghasilkan video yang lebih berkualiti. |
![]() . 7. Asus ROG Eye S FHD |
|
Asus ROG Eye S FHD merupakan webcam FullHD 60 fps dengan mikrofon pembatal hingar berkuasa AI untuk audio penstriman langsung yang unggul dan reka bentuk padat serta boleh lipat yang mudah dibawa dan dipasang serta-merta pada mana-mana komputer riba atau PC. |