Download Windows 11

Microsoft baru sahaja memperkenalkan Windows 11, sistem operasi Windows dengan penampilan serba baru. Tidak seperti platform sebelum ini, Windows 11 menampilkan butang Start Menu yang disusun di bahagian tengah. Apabila ditekan, menu aplikasi terpapar kemas bersama beberapa aplikasi dan juga file cadangan.

Windows 11 juga menawarkan fungsi multitasking yang lebih mudah melalui fungsi Snap Layouts, Snap Groups dan Desktops dimana anda dibenarkan untuk menguruskan paparan desktop secara langsung seperti membuat pemisah desktop dan sebagainya.

Platform baru ini turut menyokong widget serta Microsoft Store yang baru yang telah dibina semula untuk kepantasan, kepelbagaian dan kemudahan. Ia mempunyai katalog aplikasi termasuk aplikasi pihak ketiga yang lebih luas dan turut menyokong aplikasi Android melalui Amazon Appstore.

Keperluan Sistem Untuk Memasang Windows 11

Berita baik untuk anda, kemaskini Windows 11 akan diberikan secara percuma untuk pengguna laptop atau PC yang menjalankan Windows 10. Namun ia haruslah melapasi keperluan sistem seperti dibawah :

  • Pemproses : Sekurang-kurangnya 1 GHz dengan 2-Core yang serasi 64-bit atau System on a Chip (SoC)
  • Memori : 4GB RAM atau lebih
  • Storan : 64 GB atau lebih
  • Sistem Firmware : UEFI, Secure Boot capable
  • TPM : Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0
  • Kad Grafik :  Grafik Kad yang serasi dengan DirectX 12 / WDDM 2.0 driver
  • Display :  Saiz 9-Inci keatas, High Definition (720p)
  • Internet :  Akaun Microsoft serta sambungan internet perlu untuk pemasangan Windows 11

Untuk mengetahui sama ada PC anda memenuhi keperluan sistem Windows 11, anda boleh memuat turun aplikasi Microsoft PC Health Check.

Bagi PC atau Laptop yang memenuhi keperluan sistem Windows 11, anda akan menerima kemaskini secara percuma mulai hujung tahun ini dan berterusan hingga 2022. Windows 11 Insider Preview build akan tersedia melalui Program Windows Insider seawal minggu depan.