Wireless Earbuds Terbaik Bawah RM150

Memilih earbud tanpa wayar terbaik dengan harga mampu milik bukanlah sesuatu yang sukar. Bagaimanapun, terdapat terlalu banyak pilihan dari pelbagai jenama yang mengakibatkan pemilihan menjadi lebih sukar. Jadi, bagaimana anda tahu mana yang harus anda pilih?

Terdapat banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum memilih Earbud tanpa wayar yang bagus. Ianya termasuk jangka hayat bateri yang lama, sambungan Bluetooth 5.0 dan keatas untuk sambungan yang lancar, mudah digunakan serta fungsi-fungsi tambahan lain sepeti kalis air, sokongan kawalan suara dan sebagainya.

Dibawah ini, terdapat senarai 8 earbud tanpa wayar dibawah harga RM150 yang boleh anda pertimbangkan. Ianya ialah SonicGear TWS 5 Pro, Edifier X3 Plus, UGreen HiTune T2 TWS, Vinnfier Momento 5, SonicGear TWS 2, Oppo Enco W11, Haylou GT5 TWS dan Lenovo QT83 TWS.

.

1. SonicGear TWS 5 Pro

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 8 Jam Masa Playtime
  • 50 mAh Bateri Earbud
  • Pengecas microUSB
  • Touch Control, Kalis Air IPX-5 , Voice Assistant
  • Harga RM109 – RM119
SonicGear TWS 5 Pro merupakan salah satu earbud yang agak popular di Shopee dan juga Lazada. Ia menawarkan masa mainan muzik sehingga 8 Jam iaitu lebih baik berbanding pesaingnya yang kebanyakan sekitar 4 hingga 6 jam sahaja. Waktu mengecas juga lebih pendek iaitu sekitar 1 jam sahaja untuk mengecas penuh.

.

2. Edifier X3 Plus

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 6 Jam Masa Playtime
  • 60 mAh Bateri Earbud
  • 500 mAh Bateri Case
  • Pengecas USB Type-C
  • Touch Control, Kalis Air IP55 , Voice Assistant, Enhanced Bass
  • Harga RM129
Edifier X3 Plus menawarkan smbungan Bluetooth 5.0 dengan cipset Qualcomm aptX yang memberikan kuliti sound yang lebih baik. Ia juga menyokong fungsi CVC 8.0 Noise Cancellation dimana ia membantu mengurangkan bunyi ganguan dari persekitaran. Fungsi lain yang terdapat pada Edifier X3 Plus termasuk Kalis Air IP55, kawalan suara serta Bass yang telah dipertingkatkan.

.

3. UGREEN HiTune T2 TWS

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 4 Jam Masa Playtime
  • Pengecas USB Type-C, Pengecas Pantas, Pengecas Tanpa Wayar Qi
  • Touch Control, Kalis Air IPX5 , HiFi Sound
  • Harga RM139
Di dalam senarai ini, UGREEN HiTune T2 TWS adalah satu-satunya earbud yang menyokong pengecasan tanpa wayar. Ianya merupakan ciri-ciri yang hanya terdapat pada earbud premium. UGREEN HiTune T2 TWS juga kalis percikan air dengan pengikhtirafan IPX5. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya terkena air peluh atau percikan air hujan ketika berjoging.

.

4. Vinnfier Momento 5

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 6 Jam Masa Playtime
  • 40 mAh Bateri Earbud
  • 400 mAh Bateri Case
  • Pengecas USB Type-C
  • Touch Control, Kalis Air IPX4 , Voice Assistant
  • Harga RM99
Sekiranya anda mencari earbud tanpa wayar dibawah harga RM100, Vinnfier Momento 5 wajib ada dalam senarai pilihan anda. Ia menawarkan sehingga 6 jam mainan muzik dengan case yang boleh di cas melalui USB Type-C. Seperti kebanyakan earbud lain, ia turut memberikan fungsi kawalan melalui sentuhan, Kalis Air IPX4, pembantu suara.

.

5. SonicGear TWS 2

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 7 Jam Masa Playtime
  • 40 mAh Bateri Earbud
  • Pengecas microUSB
  • Touch Control, Voice Assistant
  • Harga RM89 – RM99
SonicGear TWS 2 menawarkan masa mainan muzik sehingga 7 jam lamanya dengan rekaan kemas dan ringan yang selesa ketika berada di telinga. Ia juga menyokong sambungan Bluetooth 5.0 dengan jarak sambungan sehingga 15 meter. Ia juga turut hadir dengan fungsi kawalan melalui sentuhan, pembantu suara, stereo sound dan sebagainya.

.

6. OPPO ENCO W11

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 5 Jam Masa Playtime
  • 40 mAh Bateri Earbud
  • 400 mAh Bateri Case
  • Pengecas USB Type-C
  • Touch Control, Kalis Air IP55, Enhanced Bass
  • Harga RM99
Bagi yang inginkan earbud tanpa wayar dari Oppo, Oppo Enco W11 antara salah satu yang sesuai untuk anda. Rekaanya sangat minimalist dan ringan serta menawarkan dua pilihan warna hitam dan putih. Harganya murah sekitar RM99 sangat berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan.

.

7. Haylou GT5 TWS

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 4 Jam Masa Playtime
  • 40 mAh Bateri Earbud
  • 580 mAh Bateri Case
  • Pengecas USB Type-C
  • Touch Control, Voice Assistant
  • Harga RM89 – RM99
Bagi yang belum tahu, Haylou adalah jenama dibawah Xiaomi yang mengeluarkan produk seperti earbud, smartwatch dan juga aksesori untuk smartphone. Earbud Haylou GT5 dibina berdasarkan cip Bluetooth 5.0 terkini dengan kualiti audio yang sangat baik dengan codec AAC serta latensi rendah dalam mod permainan.

.

8. Lenovo QT83 TWS

  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • 4 Jam Masa Playtime
  • 40 mAh Bateri Earbud
  • 450 mAh Bateri Case
  • Pengecas microUSB
  • Touch Control
  • Harga RM99
Earbud Lenovo QT83 TWS serasi dengan peranti iOS dan Android serta menyokong bunyi stereo. Ia turut menawarkan 4 jam masa mainan muzik untuk sekali cas penuh dengan bateri terbina 40 mAh didalam earbud dan 450 mAh didalam kasing. Ia turut menyokong fungsi kawalan melalui sentuhan dan pembantu suara.