Wireless Mouse Terbaik Bawah RM100

Bagi sesetengah keadaan, mouse tanpa wayar adalah lebih praktikal berbanding mouse dengan wayar. Contohnya sekiranya anda seorang student yang gemar membawa laptop kemana sahaja sudah tentu wireless mouse atau tetikus tanpa wayar akan menjadi pilihan.

Untuk mouse tanpa wayar, terdapat dua jenis sambungan yang digunakan iaitu Bluetooth atau RF 2.4 Ghz (Gelombang Radio) untuk mouse tanpa wayar yang menggunakan bluetooth lebih mahal yang boleh disambung tanpa menggunakan sebarang USB dongel.

Jadi, dibawah ini merupakan senarai 5 mouse tanpa wayar dibawah harga RM100 yang mungkin sesuai untuk anda. Baca juga senarai Mouse Gaming Terbaik Bawah RM100 sekiranya anda perlukan mouse yang lebih responsif dengan lampu RGB yang menawan.

.

1. Logitech M331 Silent Plus

  • 1000 DPI Optical Sensor
  • 3 Butang Dengan fungsi SilentTouch
  • Sambungan Tanpa Wayar 2.4 GHz
  • Harga RM55 – RM65
Logitech  M331 Silent Plus membawakan rekaan yang ringkas serta selesa untuk tangan kanan. Ia turut memberikan ketepatan yang sangat baik, jangka hayat bateri yang panjang sehingga 2 tahun serta tahap bunyi yang sangat minima. Dengan itu ia mampu memeri tumpuan penuh untuk anda dan persekitaran yang lebih tenang. Di Malaysia, Logitech  M331 Silent Plus boleh didapati dengan tiga warna merah, biru dan hitam.

.

2. Xiaomi Mi Portable Mouse

  • 1200 DPI Optical Sensor
  • 2 Butang
  • Sambungan Tanpa Wayar Bluetooth 4.0 / RF 2.4 GHz
  • Harga RM65 – RM75
Xiaomi Mi Portable Mouse dibina dari plastic premium dan juga aluminium untuk memberikan kesan premium serta lasak. Lebih unik, tetikus ini mampu menyambung dua komputer serentak dengan menggunakan sambungan Bluetooth 4.0 serta RF2.4G. Mi Portable Mouse dilengkapi dengan sensor fotolistrik yang menerapkan teknologi laser canggih sehingga 1200 DPI yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan pejabat malah sesuai juga untuk gaming.

.

3. Lenovo 530 Wireless Mouse

  • 1200 DPI Optical Sensor
  • 3 Butang
  • Sambungan Tanpa Wayar 2.4 GHz
  • Harga RM80 – RM90
Lenovo 530 Wireless Mouse membawakan optical sensor 1200 DPI sangat memadai unuk pergerakan cursor yang lancar. Rekaanya kompak dan ringan yang seberat hanya 65g serta hanya menggunakan bateri AA tunggal sudah cukup untuk ia bertahan melebihi 12 bulan.

.

4. HP Wireless Silent Mouse 280M

  • 1000 DPI Optical Sensor
  • 2 Butang  
  • Sambungan Tanpa Wayar 2.4 GHz
  • Harga RM70 – RM80
HP Wireless Silent Mouse 280M menawarkan tetikus yang ringkas dengan optical sensor sehingga 1600 DPI yang lebih dari cukup untuk kegunaan pejabat. Hayat bateri sangat baik, dengan penggunaan biasa ia mampu bertahan sehingga 18 bulan. Ia turut sertakan dongle tanpa wayar 2.4 GHz yang dapat disimpan di dalam tetikus. Tetikus tanpa wayar senyap HP 280 memerlukan port USB dan serasi sepenuhnya dengan Windows 7 dan keatas dan Mac OS versi 10.1 dan keatas.

.

5. Dell Wireless Mouse WM126

  • 1000 DPI Optical Sensor
  • 2 Butang
  • Sambungan Tanpa Wayar 2.4 GHz
  • Harga RM50 – RM60
Bagi yang inginkan mouse tanpa wayar dari Dell, Dell Wireless Mouse WM126 antara salah satu yang sesuai untuk anda. Rekaanya sangat kecil dan ringan serta menawrkan 1000 DPI Optical Sensor. Harganya sekitar RM50 – RM60 sangat berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan.