Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 9T versi Pro Akan hadir ke pasaran tempatan. Ia disahkan oleh Xiaomi melalui hantaran status di Facebook miliknya.
Bualan Jun lalu, Xiaomi telah mengumumkan peranti Xiaomi Mi 9T untuk pasaran Malaysia dengan harga bermula RM1199. Ia merupakan peranti pertengahan dengan cip Snapdragon 730, Skrin AMOLED 6.39 inci, tiga lensa belakang dengan sensor 48, 8 dan 13 Megapixel serta kamera selfie jenis popup dengan sensor 20 Megapixel.
Untuk versi Pro pula memiliki cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 855 serta pengecasan pantas 27W berbanding versi tanpa Pro yang menggunakan cip Snapdragon 730 dan pengecasan pantas 18W. Spesifikasi selebihnya adalah sama.
Untuk Harga Xiaomi Mi 9T Pro di Malaysia, model ini dijangka akan dipasarkan dengan harga sekitar RM1899. Harga rasmi serta tarikh jualan di Malaysia masih lagi belum diketahui.