Harga Xiaomi Redmi 8 Di Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik, Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan Xiaomi Redmi 8 yang boleh didapati pada harga RM499 di pasaran tempatan. Ia boleh dibeli mulai 12 Oktober ini di kedai-kedai atas talian serta pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara.

Terdapat dua variasi memori yang ditawarkan iaitu model 3GB/32GB dijual pada harga RM499 dan model 4GB/64GB yang dijual pada harga RM599.

Xiaomi Redmi 8 merupakan peranti dengan skrin bersaiz 6.22 inci dengan resolusi HD+. Peranti ini dikuasai oleh cip Snapdragon 439 dengan kapasiti bateri yang cukup besar iaitu 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Untuk kamera, Smartphone mampu milik ini hadir dengan dua lensa belakang dengan sensor 12 MP dan 2MP. Manakala untuk selfie, peranti ini menawarkan lensa 8 Megapixel yang terletak di takuk skrin hadapan.