ZTE Android TV Box Baru

ZTE baru sahaja mengumumkan kotak penstriman yang dikuasakan oleh platform Android TV di pameran teknologi Mobile World Congress.

Dari segi rekaan, ZTE ZXV10 B8655V6-H mempunyai reka bentuk yang ringkas denagn bentuk petak bersudut tajam dan LED di depan yang menyala ketika peranti dihidupkan. Peranti ini menggunakan sambungan Wi-Fi 6 untuk kelajuan steaming yang lebih pantas serta menyokong output 4K UHD.

Dari segi spesifikasi, ZTE ZXV10 B8655V6-H dikuasakan oleh pemproses Quad-Core Cortex-A55 serta menyokong Codec AV1 iaitu pengekodan video canggih AOMedia Video 1. Ia akan membawa pengalaman menonton yang jelas dan lancar dan meningkatkan kepuasan pengguna. Tambahan pula, Android Box ini telah mendapat penghargaan iF Design Award kerana reka bentuk penampilannya yang unik.

Buat masa ini, tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh peranti ini, harga jualan serta tarikh jualan.