Sebelum ini banyak desas-desus mengenai peranti tanpa bazel akan hadir tidak lama lagi. Namun khabar berita tersebut adalah dari peranti Oppo R7, sebuah peranti tanpa bazel yang dikatakan akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
Namun, akhirnya ZTE dalam diam telah mengumumkan ZTE Nubia Z9 yang juga hadir dengan rekaan tanpa bazel bagi memberi ruang yang lebih optimum pada skrinnya. ZTE Nubia Z9 merupakan peranti kelas perdana yang hadir dengan reka bentuk nipis dan premium.
Peranti yang dilengkapi dengan dual nano-SIM ini hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci dengan resolusi HD 1080p keluaran Sharp. Ia juga hadir dengan cip pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 datang dalam dua versi iaitu Classic Edition dengan warna hitam, 3 GB RAM, 32 GB memori dalaman dan Elite Edition yang hadir dengan warna emas, 4 GB RAM dan 64 GB memori terbina.
Lebih menarik lagi, ZTE Nubia Z9 hadir dengan teknologi FiT atau Frame interactive Technology yang membenarkan kawalan melalui sentuhan dan gengaman di bahagian sisi telefon. Anda boleh membuka telefon, kawalan pada pembesar suara yang lebih mudah dengan teknik layangan jari di bahagian sisi.
Untuk fungsi pengambaran pula, ZTE Nubia Z9 dilengkapi dengan 16 Megapixel kamera dengan sensor Sony CMOS IMX234, teknologi penstabilan imej OIS dan rakaman video 4K. Untuk kamera hadapan pula, peranti ini hadir dengan kamera 8 Megapixel dengan sudut lebar yang sesuai untuk selfie. Bukan itu sahaja, ZTE juga membawakan sentuhan mod manual pada kamera untuk kegunaan yang lebih mahir.
Untuk harga ZTE Nubia Z9 pula, ia bakal dijual sekitar USD560 untuk Classic Edition, USD645 untuk Elite Edition dan USD725 untuk Premium Edition yang akan hadir kemudian dengan sokongan pengimbas cap jari. Di China, tempahan telah pon bermula dan bakal dipasarkan pada 21 May ini. Namun, ZTE masih lagi belum mengumumkan tarikh dan harga untuk pasaran global.
Spesifikasi ZTE Nubia Z9
- Dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE
- Paparan Skrin 5.2 Inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels
- Pemproses Qualcomm MSM8994 Snapdragon 810 dan GPU Adreno 430
- Kamera 16 Megapixel dengan OIS dan 2 Megapixel kamera hadapan
- Dijalankan pada platform Android 5.0.2 (Lollipop)
- Kapasiti Bateri Li-Ion 2900 mAh
- Memori terbina 32/64 GB dan 3/4 GB RAM
- GPS, Wifi, Bluetooth, NFC dan Radio